[ad_1]
myTukar, ekosistem digital kereta terpakai yang paling pesat membangun di Malaysia, dinobatkan sebagai antara ‘Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2023’ oleh HR Asia iaitu penerbitan paling berwibawa di Asia untuk para profesional sumber manusia. Pencapaian ini merupakan kemenangan dan penyertaan pertama myTukar, sekaligus membuktikan pelaksanaan pendekatan yang mengutamakan pekerja dalam perniagaannya.
Anugerah ‘Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia’ ini adalah antara anugerah dalam bidang sumber manusia yang paling penting di rantau ini, dan mengiktiraf syarikat yang mempunyai kaedah sumber manusia terbaik, tahap penglibatan pekerja yang tinggi dan budaya tempat kerja yang cemerlang.
“Di myTukar, kami komited dalam menyediakan tempat kerja yang inklusif bagi membolehkan pekerja kami berkembang dalam pembangunan profesional dan peribadi. Kami mahu memastikan myTukar terus menjadi sebuah syarikat yang memberikan peluang kepada pekerja dengan penglibatan aktif untuk belajar dan mengaplikasikan pengetahuan baharu, di samping meneroka peluang baharu bagi peningkatan kerjaya mereka,” kata Chok Oi Sin selaku Pengarah Sumber Manusia myTukar.
myTukar berkata syarikatnya telah menganjurkan lebih 100 sesi pembelajaran berbeza di pelbagai lokasi seluruh negara demi memastikan setiap pekerja berpeluang mengakses sesi latihan dan kelas yang penting. Sesi yang disediakan meliputi kemahiran teknikal hingga pembangunan kemahiran insaniah, dan terbuka kepada semua pekerja termasuk pekerja di bahagian pengurusan pejabat hingga bahagian jualan dan selepas jualan.
Selain itu, myTukar juga menekankan penglibatan serta kesejahteraan sebagai sebahagian daripada pengalaman pekerja, dengan memastikan komunikasi bersama pekerja, sokongan sosial, serta kesejahteraan psychological dan fizikal mereka diutamakan, menerusi penyediaan tempat kerja yang menawarkan keseimbangan fungsi dan fleksibiliti. Awal tahun ini, myTukar telah melancarkan Webinar Kesejahteraan Psychological secara langsung setiap dua minggu yang dikendalikan oleh kaunselor bertauliah.
Derrick Eng, Ketua Pegawai Eksekutif myTukar pula berkata, “Para pekerja merupakan bakat serta sumber terhebat kami, dan merekalah nadi serta jiwa dalam semua yang kami lakukan. Anugerah ini melambangkan kejayaan pendekatan kami yang mengutamakan pekerja dalam menjalankan perniagaan dan bukti bahawa myTukar adalah sebuah syarikat yang mementingkan kesejahteraan pekerjanya.”
Tambahnya lagi, “Kami komited terhadap kesejahteraan pekerja dan memberi tumpuan pada kesihatan mereka selain memastikan penglibatan mereka dengan apa yang kami lakukan. Kami ingin pekerja tahu bahawa mereka boleh berkembang dan mencapai kejayaan bersama syarikat ini.”
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
[ad_2]