[ad_1]
Minggu lalu isu penyelewengan prosedur ujian keselamatan Daihatsu muncul semula, menyebabkan jenama bekenaan menangguhkan penghantaran semua kenderaan yang dibangunkannya yang kini dikeluarkan di Jepun serta pasaran luar negara. Isu itu timbul semula selepas siasatan keselamatan yang dijalankan oleh panel bebas mendapati ia membabitkan lagi 64 mannequin, termasuk beberapa mannequin yang dijual di bawah jenama Toyota.
Keputusan untuk menghentikan semua penghantaran juga dilakukan di Indonesia dan Malaysia, namun ada kemaskini terbaharu berhubung keputusan berkenaan. Dilaporkan penghantaran kenderaan bagi pasaran Indonesia telah diteruskan semula pada hujung minggu lalu selepas syarikat tersebut mendapat lampu hijau dari pihak berkuasa republik berkenaan selepas mengesahkan keselamatan model-model terbabit.
Manakala di Malaysia, semalam Reuters melaporkan bahawa Daihatsu mengesahkan bahawa produksi bagi kenderaan Perodua kini telah disambung semula selepas mendapat pelepasan kawal selia. Perkara yang sama turut telah dilaporkan oleh Kyodo Information, namun sama ada penghantaran kepada pelanggan juga disambung atau tidak masih belum dapat dipastikan.
Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini dikeluarkan oleh Perodua, dengan kenyataan terakhir daripada syarikat itu minggu lepas mengatakan ia sedang melakukan penilaian terperinci dan berbincang dengan pihak berkuasa bagi menyelesaikan perkara itu. Walau bagaimanapun dijangkakan Perodua mungkin akan memberikan kemaskini terbaharu dalam masa terdekat.
Di Jepun Daihatsu telah mengumumkan bahawa ia akan meneruskan penangguhan produksinya sekurang-kurangnya sehingga akhir Januari 2024. Langkah itu bukan sahaja akan menjejaskannya Daihatsu sendiri, tetapi turut membabitkan pembekal komponen dan alat gantinya. Kira-kira 8,000 firma di Jepun secara langsung atau tidak langsung membekalkan produk atau perkhidmatan kepada Daihatsu terjejas akibat penghentian produksi berkenaan, lapor Kyodo Information.
Menurut sumber yang rapat dengan perkara ini, Daihatsu yang telah menghentikan tempahan alat ganti dan turut telah memulakan rundingan pampasan dengan pembekalnya, serta sedang berbincang dengan kesatuan pekerjanya mengenai gaji pekerja semasa pengeluaran dihentikan sementara.
Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa Daihatsu akan memberi pampasan kepada 423 pembekal domestik yang mempunyai hubungan perniagaan secara langsung. Seorang jurucakap memberitahu agensi berita berkenaan bahawa syarikat itu akan bekerjasama dengan pembekal utamanya bagi menangani kejatuhan yang sedag berlaku dan mungkin juga membantu subkontraktor kecil yang tidak menerima pampasan untuk mengakses dana sokongan daripada kementerian industri.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
[ad_2]