[ad_1]
BYD Malaysia memperluaskan lagi rangkaian perniagaannya dengan pembukaan dua lagi cawangan di negara ini, menjadikannya 12 bilik pameran setakat ini, dan akan membuka lebih banyak lagi.
Satu daripadanya ialah pusat 3S di Alor Setar, Kedah. Dikendalikan oleh Hong Thai Motor Buying and selling, kemudahan terbaru ini mempunyai lima ruang servis dan diselenggarakan oleh tiga pegawa khidmat pelanggan yang bertauliah.
Terletak di Kawasan Perusahaan Mergong II, pusat 3S ini dibuka setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Untuk tujuan servis, waktu operasinya adalah dari 8 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Sabtu.
“Kami sangat teruja untuk melihat lebih banyak bilik pameran di seluruh Malaysia. Kami berharap melalui perluasan rangkaian ini, semua orang di Malaysia lebih mudah untuk mencuba teknologi EV BYD, serta menerima layanan lepas jualan dan servis yang berkualiti,” ujar Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors (SDM) Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau. SDM merupakan rakan niaga tempatan BYD.
Selain itu, di Sarawak pula, Regas EV Auto baru-baru ini juga turut membuka bilik pameran berkonsepkan pusat beli-belah di Metropolis One Megamall, Kuching. Terletak di tingkat bawah dengan keluasan 3,000 kaki persegi, bilik pameran 1S itu mempamerkan Atto 3 dan Dolphin untuk umum. Waktu operasinya mengikut waktu beli-belah berkenaan, dari 10 pagi hingga 10 malam. Untuk urusan lepas jualan, ada sebuah pusat servis terletak di seberang jalan di sepanjang Jalan Tun Jugah.
“Dengan pembukaan bilik pameran di Kuching, yang pertama di Malaysia Timur ini, kami semakin hampir untuk mencapai matlamat untuk menjadikan produk dan teknologi kami mudah diakses oleh semua. Melalui teknologi pelopor dalam industri EV, kami mensasarkan untuk memberi definisi baru terhadap pengangkutan di rantau ini, mengurangkan emisi dan mempergiat pemapanan. Kami alu-alukan warga di Malaysia Timur ini untuk mengalami sendiri produk BYD,” ujar Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
[ad_2]