[ad_1]
Chery telah umumkan yang mannequin Omoda E5 akan berada di semua bilik pamerannya di seluruh negara bermula hujung minggu ini, bermula 24 Februari. Untuk itu, tempahannya juga sudah mula dibuka dengan harga anggaran RM160,000. Pelancaran rasmi SUV elektrik ini bakal diadakan Mac nanti.
Unit warna merah yang dilihat ini adalah mannequin spesifikasi Malaysia yang bakal kita terima kelak. Chery Omoda E5 memanfaatkan motor elektrik di depan dengan janaan kuasa 204 PS (201 hp atau 150 kW) dan tork 340 Nm, dan memecut 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat.
Kuasa untuk motor elektrik itu pula dibekalkan oleh bateri lithium logam fosfat (LFP) berkapasiti 61 kWj. Ia membolehkan SUV ini bergerak sejauh 430 km dalam kitaran WLTP serta menggunakan kuasa 14.5 kWj untuk perjalanan 100 km.
Untuk pengecasan, Omoda E5 menyokong pengecasan AC maksimum 9.9 kW serta pengecas pantas DC sehingga 80 kW yang boleh memberikan kuasa dari 30-80% hanya dalam 30 minit. Ia juga boleh berfungsi sebagai “powerbank bergerak” untuk membolehkan pelbagai peralatan elektrik beroperasi menerusi sistem V2L 3.3 kW.
Ia menggunakan rim aloi 18-inci dengan rekaan yang lebih tertutup dan aerodinamik, serta rekaan ala diffuser bawah bampar belakang yang lebih ringkas tanpa perumah untuk tip ekzos. Sebagai sebuah EV, imej berkenaan dapat dilihat di bahagian rekaan grilnya yang tertutup — tiada keperluan untuk rekaan terbuka kerana EV tidak memerlukan sistem pengaliran udara untuk menyejukkan radiator dan enjin seperti kereta biasa.
Untuk kabin dalaman pula, ada kelainan rekaan di bahagian konsol terowong, di mana mannequin EV Omoda E5 tidak menampilkan tombol gear konvensional, membolehkan bahagian tersebut diberikan ruang storan lebih banyak dan nampak lebih ringkas.
Manakala untuk memilih bergerak ke hadapan, mengundur atau parkir, pemandu disediakan dengan suis tangkai yang diletakkan pada konsol stereng. Selain itu, ia diberikan kerusi balutan kulit hitam serta skrin berkembar masing-masing bersaiz 12.3-inci untuk paparan instrumen digital dan skrin infotainmen yang dikuasakan dengan Qualcomm 8155 system on chip (SoC).
Pendaftaran minat untuk Omoda E5 telah dibuka sejak Disember tahun lalu, dan kini kita tahu harga anggarannya ialah RM160,000. Ketika ini, Omoda 5 janaan petrol ditawarkan pada harga dari RM108,800 hingga RM118,800. Omoda E5 dijangka mampu memberikan persaingan sengit dengan BYD Atto 3 yang berharga RM167,800.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
[ad_2]