[ad_1]
GWM Malaysia mengumumkan kumpulan pertama SUV Tank 300 telah pun mendarat di Malaysia sebelum pelancaran rasmi SUV dengan gaya retro berkenaan di sini yang dijadualkan tak lama lagi. Walau bagaimanapun, GWM Malaysia masih belum mengumumkan sebarang spesifikasi mahupun harga bagi mannequin pasaran Malaysia tersebut.
Sesuai dengan rupanya, Tank 300 diasaskan dari casis ladder body yang sama dengan trak pikap GMW Cannon. Di pasaran negara asalnya iaitu China, Tank 300 menerima enjin petrol empat-silinder 2.0 liter turbo berkuasa 220 PS dan tork 380-387 Nm.
Enjin tersebut digandingkan kotak gear lapan-kelajuan automatik bersama sistem pacuan empat roda separa masa. Malah pelanggan di China turut dilaporkan menerima pilihan varian hibrid ringkas 48-volt dan juga varian plug-in hybrid Hi4-T.
Manakala di Thailand, SUV ini dijadualkan akan dihantar kepada pelanggan bermula bulan Februari tahun ini untuk varian Extremely yang dijual pada harga 1.799 juta baht (sekitar RM238k). Untuk varian Professional yang lebih murah dijual pada harga 1.649 juta baht pula, ia akan dihantar kepada pelanggan bermula bulan Mac.
Kedua-dua varian yang dijual di Thailand berkenaan ditawarkan dalam versi hibrid. Unit rangkaian kuasa tersebut menggandingkan enjin petrol 2.0 liter empat-silinder turbo yang menghasilkan kuasa 244 PS dan tork maksima 380 Nm, bersama motor elektrik berkuasa 106 dan tork maksima 268 Nm.
Ini membolehkan Tank 300 pasaran Thailand berkenaan dibekalkan dengan kuasa keseluruhan 351 PS dan tork 615 Nm. Motor elektrik berkenaan digerakkan dengan bateri lithium-ion berkapaditi 1.75 kWj, manakala kuasa pacuan pula disampaikan ke roda menerusi kotak gear 9HAT (9-speed Hybrid Automated) dan juga sistem pacuan empat roda.
Antara kelengkapan yang diberikan pada Tank 300 pasaran Thailand berkenaan termasuk set rim aloi 17-inci, lampu hadapan LED automatik, lampu suasana kabin pelbagai warna, brek parkir elektrik, tempat duduk hadapan larasan kuasa, paparan instrumen digital dengan skrin 12.3-inci, skrin infotainmen 12.3-inci, penghawa dingin dua zon, sistem telematik, enam-beg udara dan juga sistem ADAS.
Teruja dengan SUV lasak menampilkan rupa seakan Jeep ini? Teruskan mengikuti kami di paultan.org untuk menegtahui informasi terkini mengenainya.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
[ad_2]