Home Automotive Hyundai Tucson 2023 dilihat di Malaysia – enjin 1.6L turbo 177 hp/264 Nm untuk pasaran tempatan?

Hyundai Tucson 2023 dilihat di Malaysia – enjin 1.6L turbo 177 hp/264 Nm untuk pasaran tempatan?

0
Hyundai Tucson 2023 dilihat di Malaysia – enjin 1.6L turbo 177 hp/264 Nm untuk pasaran tempatan?

[ad_1]

Hyundai Tucson 2023 dilihat di Malaysia – enjin 1.6L turbo 177 hp/264 Nm untuk pasaran tempatan?

Hyundai Tucson generasi ke-empat sudahpun lama berada di pasaran antarabangsa, didedahkan buat kali pertama pada September 2020. April tahun lalu kelibat pertama SUV segmen-C itu dilihat berada di Malaysia, namun tiada apa-apa berita dari Hyundai Malaysia yang kami terima berkenaan bila mannequin ini akan dilancarkan.

Hari ini kami menerima satu lagi set gambar Hyundai Tucson yang berlegar di atas jalan raya Malaysia menggunakan commerce plate yang sempat dirakam oleh pembaca paultan.org Jackson Lim ketika unit berkenaan berhenti di sebuah stesen minyak.

Jika sebelum ini dapat dilihat mannequin yang tiba di Malaysia ini adalah dari versi jarak roda panjang seperti mannequin pasaran Amerika Syarikat, gambar yang diterima kali ini mendedahkan satu lagi maklumat penting iaitu lencana 1.6T yang dilekat pada pintu tailgate belakang.

Hyundai Tucson 2023 dilihat di Malaysia – enjin 1.6L turbo 177 hp/264 Nm untuk pasaran tempatan?

Di Amerika Syarikat Tucson ditawarkan dalam tiga jenis unit rangkaian kuasa iaitu enjin Smartstream 2.5 liter NA berkuasa 187 hp/241 Nm, dan juga versi dengan sistem hibrid elektrik (HEV) dan plug-in hybrid (PHEV) di mana kedua-duanya menerima enjin petrol 1.6 liter turbo 177 hp/264 Nm dan kotak gear enam-kelajuan automatik.

Walau bagaimanapun mannequin pasaran Malaysia ini mungkin hanya akan dijana enjin 1.6 liter turbo tanpa sebarang sistem bantuan elektrifikasi. Jadi ia boleh bertanding terus dengan model-model SUV segmen-C arus perdana di sini seperti Honda CR-V dan juga Proton X70 yang menerima enjin 1.5 liter turbo.

Apa pun kita tunggu sahaja informasi rasmi dari Hyundai Malaysia sekiranya mannequin ini benar-benar akan dilancarkan di sini. Apa pendapat anda, adakah lebih baik mannequin ini ditawarkan dalam versi hibrid atau dengan enjin NA 2.5 liter?

GALERI: Hyundai Tucson 2022 jarak roda panjang pasaran Amerika Syarikat

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here