Home Automotive Jadual Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan 10-14 Nov 2023 sempena Deepavali

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan 10-14 Nov 2023 sempena Deepavali

0
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan 10-14 Nov 2023 sempena Deepavali

[ad_1]

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan 10-14 Nov 2023 sempena Deepavali

Sempena dengan sambutan perayaan Deepavali yang bakal diraikan pada Ahad ini, 12 November 2023, pastinya ramai di antara kita yang merancang untuk pulang ke kampung halaman atau ke mana-mana destinasi kerana melibatkan ‘cuti’ yang agak panjang. Apatah lagi kerajaan telah memberikan lampu hijau buat penjawat awam beragama Hindu yang berada di negeri-negeri yang sepatutnya bekerja pada Ahad untuk melanjutkan cuti hingga ke Selasa hadapan (14 Nov).

Seperti amalan kelaziman setiap kali tiba musim perayaan besar, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan balik kampung dan kembali ke Lembah Klang sempena perayaan Deepavali. Ia bagi mereka yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada 10 hingga 14 November 2023.

TTA ini dikeluarkan bagi membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka di samping membolehkan PLUS mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan tertumpu di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak. Namun begitu, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya.

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan 10-14 Nov 2023 sempena Deepavali

“PLUS menjangka sebanyak dua juta kenderaan sehari bakal menggunakan Lebuhraya PLUS
pada Hari-hari Puncak sempena perayaan Deepavali yang akan datang. Oleh itu, sila rancang
perjalanan anda dengan mengikuti jadual TTA seperti yang disarankan,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Bagi yang menggunakan lebuhraya ini dari Lembah Klang pada 10-11 Nov, anda dinasihati memulakan perjalanan antara jam 8 pagi hingga 11 pagi sekiranya menuju ke negeri di utara (Perak utara, Pulau Pinang, Kedah, Perlis), dan antara jam 4 petang hingga 7 malam bagi yang ke Perak Tengah (Slim River, Sungkai).

Untuk yang menghala ke Selatan pula, jika anda menuju ke Johor dan Melaka selatan (Ayer Keroh, Jasin), digalakkan memulakan perjalanan antara jam 10 pagi hingga 1 tengahari. Bagi yang menuju ke Negeri Sembilan dan Melaka pula, disarankan memulakan perjalanan antara jam 1 tengahari hingga 4 petang. Manakala perjalanan waktu bebas pula adalah selepas jam 10 malam.

Bagi perjalanan pulang ke Lembah Klang pula antara 12 hingga 14 November, PLUS menyarankan agar anda memulakan perjalanan antara jam 10 pagi hingga 1 petang bagi yang datang dari arah utara. Manakala yang datang dari arah Selatan untuk ke Lembah Klang, disarankan memulakan perjalanan antara jam 8 pagi hingga 11 pagi. Perjalanan waktu bebas pula juga sama iaitu selepas jam 10 malam.

“Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

“Pada masa yang sama, PLUS juga akan memperkenalkan pendekatan terbaharu secara digital iaitu Program Rintis My-TTA yang menggunakan aplikasi PLUS bagi membantu orang ramai merancang perjalanan sempena perayaan Deepavali dalam masa terdekat,” sambung PLUS lagi.

Bagi perjalanan yang lebih lancar di lebuh raya, pastikan baki kad Contact ‘n Go dan baki eWallet Contact ‘n Go untuk RFID telah ditambah nilai dan sentiasa mencukupi. Hati-hati memandu dan sentiasalah berhemah di lebuh raya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here