[ad_1]
Selepas Kelantan dan Pahang, banjir besar kini melanda Johor pula. Beberapa daerah di selatan tanahair itu kini dilaporkan terjejas iaitu Johor Bahru, Pontian, Kluang, Kulai, Segamat dan yang paling teruk dilanda banjir ialah Kota Tinggi.
Menurut maklumat yang dikemaskini oleh JKR Kota Tinggi jam 6 pagi tadi, terdapat beberapa laluan di daerah berkenaan yang ditutup kepada lalu lintas. Laluan terbabit ialah Jalan Kota Tinggi-Kluang (Arked Mara) yang ditenggelami air banjir sedalam 0.60 meter. Manakala laluan lain yang turut ditutup untuk semua kenderaan ialah Jalan Sg Telur (Warung Warisan), Jalan Tun Sri Lanang (Pusat Bandar), Jalan Semangar Dalam (Loji Semangar), Jalan Mawai Lama (Rumah Burung) dan Jalan Kg Kelantan (Masjid Kg Kelantan).
Semalam, tular video di laman media sosial yang memaparkan kejadian sebuah kereta yang terbabas dan dihanyut arus deras di longkang di KM 42.5, Jalan Johor Bahru-Mersing. Kejadian berkenaan hampir menyebabkan seorang wanita hampir lemas ketika berpaut di bahagian belakang kereta berkenaan. Walau bagaimana pun, seorang lelaki bertindak nekad terjun ke longkang berkenaan untuk menyelamatkan wanita berkenaan.
Jika jalan yang ingin anda lalui terjejas akibat banjir, sila tangguh perjalanan anda sekiranya boleh dan elak daripada meredah air banjir kerana ia mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan anda.
Seperti peringatan kami sebelum ini, anda sangat digalakkan untuk mengambil insurans perlindungan kerosakan kenderaan akibat banjir (particular perils). Kerana sekiranya kenderaan anda rosak akibat banjir yang teruk, sudah tentu ia melibatkan kos baik pulih yang sangat tinggi. Jika insuran anda tidak disertakan dengan perlindungan particular perils ini, sudah tentu kos pembaikkan tersebut perlu keluar dari poket anda sendiri.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
[ad_2]