Home Automotive Lebuhraya WCE: Persimpangan Beruas-Taiping Selatan dijangka dibuka sebelum Aidilfitri – MB Perak

Lebuhraya WCE: Persimpangan Beruas-Taiping Selatan dijangka dibuka sebelum Aidilfitri – MB Perak

0
Lebuhraya WCE: Persimpangan Beruas-Taiping Selatan dijangka dibuka sebelum Aidilfitri – MB Perak

[ad_1]

Lebuhraya WCE: Persimpangan Beruas-Taiping Selatan dijangka dibuka sebelum Aidilfitri – MB Perak

Jajaran Seksyen 11 Persimpangan Beruas-Taiping Selatan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka dibuka dengan rasmi pada suku tahun pertama iaitu sebelum Aidilfitri tahun ini.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, kerja-kerja pembinaan di seksyen ini sedang berada dalam fasa akhir sebelum dibuka untuk kegunaan orang awam. Pada awalnya, pihaknya menjangkakan laluan ni boleh dibuka pada penghujung Disember lalu namun berlalu sedikit kelewatan, laporan Harian Metro.

“WCE sudah siap 98% pada 1 Disember dan kini memasuki tahap pemeriksaan, pemantauan dan sijil dari pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM). Dijangka terdapat dua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di dua-dua arah akan dibina di Seksyen 11 ini.

“Sekiranya dibuka kelak kerajaan dijangka akan memberi ‘tol percuma’ kepada pengguna selama sebulan dan kita yakin WCE dapat dibuka sepenuhnya Aidilfitri ini,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke projek WCE di Changkat Jering pagi tadi.

Seksyen 11 ini merupakan pelengkap kepada jajaran Lebuhraya WCE di bahagian laluan negeri Perak dengan jaraknya di antara kedua-dua persimpangan adalah 35.5 km.

Sehingga kini, lima daripada keseluruhan 11 seksyen pembinaan lebuh raya ini telah dibuka kepada trafik iaitu Seksyen 5 (Klang-Kapar) dan Seksyen 6 (Bukit Raja-Assam Jawa) di Selangor manakala Seksyen 8 (Hutan Melintang-Teluk Intan), Seksyen 9 (Kg. Lekir-Changkat Cermin) dan Seksyen 10 (Changkat Cermin-Beruas) di Perak.

“Lebuh raya ini amat penting bagi Negeri Perak untuk memperluaskan jaringan pengangkutan, bukan sahaja antara pekan dan daerah, tetapi juga keterhubungan Perak dengan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi – bermula dari Pelabuhan Klang, Pelabuhan Lumut dan Pelabuhan Pulau Pinang.

“Laluan ini juga menjadi pemangkin kepada perancangan Perak untuk menghidupkan lagi pertumbuhan sosioekonomi di sepanjang jajaran pantai barat. Ia mengubah landskap pelancongan Perak dengan memudahkan akses ke destinasi-destinasi strategik yang seiring dengan kempen Tahun Melawat Perak 2024. Insha-Allah,” kongsinya menerusi Fb rasminya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here