Home Automotive Lexus RZ 450e bakal tiba ke pasaran Malaysia? EV dua motor dengan kuasa 313 PS, jarak gerak 440 km

Lexus RZ 450e bakal tiba ke pasaran Malaysia? EV dua motor dengan kuasa 313 PS, jarak gerak 440 km

0
Lexus RZ 450e bakal tiba ke pasaran Malaysia? EV dua motor dengan kuasa 313 PS, jarak gerak 440 km

[ad_1]

Lexus RZ 450e bakal tiba ke pasaran Malaysia? EV dua motor dengan kuasa 313 PS, jarak gerak 440 km

Acara Toyota Past Zero telah pun bermula minggu ini dan ia menjadi tapak pengeluar Jepun itu menunjukkan hala tuju mereka ke arah neutralisasi karbon, dengan pameran pelbagai mannequin hibrid, fuel-cell, pembakaran hidrogen dan elektrik bateri (BEV).

Bagi kategori BEV, salah satu wakil yang dibawa adalah daripada jenama mewah mereka, iaitu Lexus RZ 450e, di mana ia sudah pun dilancarkan di Thailand semasa Bangkok Motor Present tahun lepas. Walaubagaimanapun, waktu ketibaannya atau sama ada ia betul-betul akan dilancarkan ke dalam pasaran Malaysia masih belum diberitahu.

Kemunculan mannequin ini bersama satu lagi BEV, iaitu Toyota bZ4X bagaimanapun boleh diambil sebagai penunjuk kerana bZ4X sudah diumumkan termasuk dalam senarai mannequin yang akan dilancar di Malaysia. Ia sepatutnya berlaku pada tahun 2023 tetapi ditunda kepada tahun ini.

Lexus RZ 450e bakal tiba ke pasaran Malaysia? EV dua motor dengan kuasa 313 PS, jarak gerak 440 km

Kembali kepada RZ 450e, ia mencatat ukuran panjang 4,805 mm, lebar 1,895 mm dan tinggi 1,635 mm. Perincian awal yang dikeluarkan oleh UMW Toyota Motor menyatakan SUV elektrik ini menggunakan bateri lithium ion 71.4 kWh yang boleh memberikan jarak gerak sekitar 440 km, dan boleh dicas menggunakan AC 11 kW (6.5 jam untuk penuh) atau DC sehingga 150 kW (0-80% dalam masa 30 minit).

Kuasa keseluruhan sebanyak 230 kW (313 PS) mampu dikeluarkan oleh gabungan motor hadapan 204 PS/266 Nm dan motor belakang 109 PS/169 Nm, dan ia boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 5.3 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 160 km/j.

Mannequin yang dipamerkan di acara ini dilihat menggunakan rim 20 inci yang dibalut tayar 235/50 dan datang dengan perincian dalam seperti varian Premium di Thailand, seperti skrin sesentuh 14.1 inci, panel paparan depan pemandu lapan inci, tempat duduk balutan Ultrasuede, pengecas tanpa wayar, soket pengecas USB-C serta pelbagai lagi.

Menurut UMW Toyota Motor, RZ 450e juga mendapat pakej sistem bantuan pemandu Lexus Security System+. Jika melihat kepada pasaran Thailand, pakej ini datang dengan ADAS yang termasuk Pace Adaptive Cruise Management, Lexus Teammate Superior Park (bantuan letak kereta), paparan keliling kereta, Pre-Collision System (Autonomous Emergency Braking), Lane Tracing Help, Lane Change Help dengan pemerhati titik buta dan Rear Cross Site visitors Alert.

Sebagai rujukan, RZ 450e dijual di Thailang bermula pada harga 3.87 juta baht (RM501,587) untuk varian Luxurious dan 4.19 juta baht (RM543,061) untuk varian Premium. Harga anggaran untuk pasaran Malaysia masih belum dikeluarkan tetapi ia mungkin boleh jadi menarik kerana kerajaan masih memberikan pengecualian duti import dan eksais bagi EV CBU sehingga hujung tahun 2025.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here