[ad_1]
Selepas termetarainya perjanjian kerjasama antara Proton dan gergasi automotif China, Geely pada 2017, jenama automotif nasional berkenaan dilihat semakin pulih dari masalah kewangan yang dihadapi sebelum itu. Malah dalam penyelidikan Hong Leong Funding Financial institution (HLIB) Analysis yang dilaporkan oleh The Star baru-baru ini, pemilik saham majoriti Proton iaitu DRB-Hicom bakal ‘menuai’ keuntungan dari Proton untuk tahun-tahun akan datang.
HLIB Analysis menyatakan Proton mensasarkan jualan tahunan sebanyak pada tahun 2030 dan akan mencecah 500,000 unit pada 2035, bakal menjadi peneraju kembali dalam pasaran automotif di Malaysia, serta menjadi tiga jenama automotif terlaris dalam ASEAN.
“Kami menjangkakan Proton akan melancarkan mannequin baharu setiap tahun untuk tempoh enam tahun, dengan pelaburan keseluruhan RM6 bilion, termasuk peruntukan untuk pembangunan produk, keberkesanan produksi dan juga pembesaran kapasiti,” kata badan penyelidik itu dalam nota kajiannya.
Ia turut menambah bahawa Proton kini sedang memulakan pembangunan kenderaan generasi baharu yang mengutamakan teknologi-teknologi CASE iaitu C – Related providers (perkhidmatan terhubung), A – Autonomous autos (kenderaan pemanduan berautonomi), S – Shared mobility (perkongsian mobiliti) dan E – Electrification (elektrifikasi).
Proton juga kini dilihat sudah memulakan inisiatif kenderaan elektrik (EV) dengan menjadi pengedar kepada jenama sensible, yang akan mula menjual SUV EV sensible #1 pada akhir tahun ini diikuti pasaran ASEAN lain pada tahun hadapan, serta dijangka bakal memperkenalkan EV dengan jenamanya sendiri menjelang 2025.
“Proton juga bekerjasama dengan Gentari untuk pembangunan EV, mobiliti dan ekosistem tenaga baharu. Ia akan memanfaatkan pengetahuan dan teknologi Geely untuk membangunkan rangkaian EVnya sendiri,” kata HLIB Analysis.
Dalam perkembangan terkini, HLIB Analysis menyatakan bahawa Proton dijangka akan mencatatkan pertumbuhan jualan untuk tahun kelima berturut-turut menjelang akhir tahun ini. Rekod jualan Proton menunjukkan ia sudahpun berjaya menjual sebanyak 116,800 kenderaan hanya dalam lapan bulan pertama tahun ini.
HLIB Analysis menyatakan sekiranya Proton dapat mencapai sasaran jualannya iaitu 150,000 unit tahun ini, syarikat ini akan merekodkan pertumbuhan sebanyak 6.1% berbanding tahun lalu. Jangkaan sasaran jualan itu bakal dapat dicapai dengan dibantu mannequin X90 yang baru dilancarkan serta sedan segmen-C Proton S70 yang bakal dilancarkan tak lama lagi.
“Ambil maklum bahawa Proton berjaya memperoleh keuntungan sebanyak RM74 juta pada tahun kewangan 2021 (FY21) dan terus mencatatkan keuntungan lebih kukuh sebanyak RM200 juta pada FY22,” tulis laporan penyelidikan itu lagi.
“Kami kekal positif terhadap tinjauan DRB-Hicom mengenai potensi pertumbuhan jualan automotif yang kukuh, memanfaatkan barisan mannequin menarik daripada Proton.
“DRB-Hicom juga akan mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan untuk kenderaan Honda dan Mitsubishi,” tulis HLIB Analysis lagi.
Untuk konteks, DRB-Hicom turut mempunyai saham terbesar dalam Honda Malaysia Sdn. Bhd dan juga Mitsubishi Motors Malaysia. Sementara dalam Proton, DRB-Hicom memegang kepentingan sebanyak 50.1% dan 49.9% selebihnya adalah milik Geely.
Laporan HLIB Analysis ini turut memaklumkan selepas penstrukturan semula dibuat pada 2017, kualiti kenderaan-kenderaan keluarannya kini meningkat dengan mencatatkan markah demerit di bawah 700 berdasarkan Audit Produk Pelanggan World (GCPA), berbanding 6,388 markah demerit pada 2018 walaupun ia kini menghasilkan kereta yang lebih banyak.
“Kami menjangkakan peningkatan berterusan dalam kualiti produk dan kecekapan kos kerana Proton menggabungkan pengeluarannya ke Tanjung Malim dari Shah Alam menjelang 2026, dengan pelaburan ke kilang pengeluaran yang lebih lengkap,” tulis nota itu dan menambah selain dari meningkatkan kualiti produk, pengurusan baharu Proton turut sedang berusaha memperbaiki aspek perkhidmatan pelanggannya.
“Pengurusan telah memulakan transformasi rangkaian pengedar, termasuk meningkatkan pusat 3S-4S, menyegarkan rupa dan pendigitalan, bimbingan dan latihan pengedar, sokongan modal kerja, pelan perniagaan pengedar, pengurusan aduan serta kerjasama dengan pengedar,” kata HLIB Analysis lagi.
Hasil analisa yang yang dibuat HLIB Analysis ini agak selari dengan visi yang didedahkan oleh CEO Proton, Dr Li Chunrong pada 2020. Menurutnya Proton boleh memintas kedudukan Perodua untuk menjadi jenama automotif nombor satu di Malaysia menjelang 2027, dan kemudian akan cuba masuk kembali ke pasaran-pasaran ASEAN.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
[ad_2]