[ad_1]
Mulai tahun 2024, Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak akan menganjurkan lagi majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya bagi setiap musim perayaan seperti kelaziman tahun-tahun sebelum ini. Menurut menterinya, Anthony Loke, keputusan itu dibuat bagi menjimatkan kos yang menelan antara RM100,000 ke RM200,000 bagi setiap majlis, laporan Bernama.
Tegasnya, peruntukan tersebut boleh disalurkan untuk menambah baik kempen keselamatan sedia ada yang boleh memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
“Mulai tahun ini, tiada lagi majlis pelancaran kerana tanpa majlis pelancaran itu pun, operasi JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) tetap berjalan. Operasi bersepadu pun tetap diadakan dan undang-undang tetap dikuatkuasakan.
“Namun, jika ada syarikat swasta nak buat kempen, itu terpulang kepada mereka. Yang saya hentikan ialah bajet kementerian sebab kita akan guna untuk tujuan lebih baik. Mungkin berikan topi keledar percuma bernilai RM55 setiap satunya kerana kami dapati masih ada yang menggunakan topi keledar lusuh,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat 2024 bagi kementeriannya pagi tadi.
Dalam hal lain, Loke turut menyampaikan amanat memaklumkan bahawa MOT akan memberikan tumpuan terhadap empat fokus utama tahun ini. Fokus pertama bagi memperkasa jaringan ketersambungan dan kebolehcapaian sistem pengangkutan awam dan logistik. Di mana ia sejajar dengan anjakan besar Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dalam mencapai standing negara berpendapatan tinggi.
Manakala fokus kedua pula ialah membudayakan aspek keselamatan sektor darat, udara dan maritim. “Tahun lalu, hampir 7,000 terkorban dalam nahas jalan raya, jadi isu keselamatan pengguna ini menjadi keutamaan Kementerian Pengangkutan dan memastikan program yang bakal dilaksanakan kelak, perlu mencapai tujuannya,” jelasnya.
Untuk fokus ketiga pula mengoptimumkan budaya penyelenggaraan infrastruktur, perkhidmatan dan rangkaian pengangkutan dan terakhir ialah memacu intervensi dasar berdasarkan inovasi pendigitalan dan pengukuhan keupayaan penggunaan information.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
[ad_2]