Home Automotive Honda CR-V 2024 — video ringkas SUV generasi keenam; 1.5L turbo dan 2.0L hibrid, dari RM160k

Honda CR-V 2024 — video ringkas SUV generasi keenam; 1.5L turbo dan 2.0L hibrid, dari RM160k

0
Honda CR-V 2024 — video ringkas SUV generasi keenam; 1.5L turbo dan 2.0L hibrid, dari RM160k

[ad_1]

Honda CR-V 2024 — video ringkas SUV generasi keenam; 1.5L turbo dan 2.0L hibrid, dari RM160k

Honda Malaysia minggu lalu baru sahaja melancarkan SUV Honda CR-V 2024 generasi keenam untuk pasaran tempatan. Empat varian ditawarkan, dengan tiga daripadanya unit turbocas manakala satu lagi hibrid.

Empat varian berkenaan adalah seperti berikut: Honda CR-V 1.5L Turbo S – RM159,900; Honda CR-V 1.5L Turbo E – RM169,900; dan Honda CR-V 1.5L Turbo V AWD – RM181,900. Honda CR-V 2.0L e:HEV RS pula akan mula dijual pada awal 2024 nanti, dan harganya akan diumumkan kelak. Versi dengan enjin R20 2.0L i-VTEC yang kali terakhir ditawarkan bagi varian paling asas 2WD untuk mannequin facelift generasi kelima tidak lagi ditawarkan.

Selain itu, sempena meraikan 20 tahun pengeluaran CR-V di Malaysia, Honda Malaysia akan turut menawarkan edisi terhad CR-V varian S edisi ulangtahun berkenaan, yang terhad kepada 750 unit sahaja, pada harga RM157,900.

https://www.youtube.com/watch?v=yELxe7L3k6g

Bagi varian turbo, semuanya menggunakan unit sama 1.5L VTEC Turbo seperti sebelum ini. Unit L15BE DOHC turbo empat silinder berkenaan menghasilkan kuasa 193 PS (190 hp) pada 6,000 rpm dan 243 Nm dari 1,700-5,000 rpm, tetapi rpm bagi kedua-dua kuasa dan tork ini tiba telah dipercepat, kesan daripada pembaharuan terhadap respon pecutan yang diperbaiki dan menjadikannya lebih senyap.

Enjin ini kekal digandingkan bersama Earth Desires CVT seperti sebelum ini. Ini juga telah diberikan pembaharuan untuk mengurangkan bunyi dan gegarannya. Dari sudut prestasi, varian S memecut 0-100 km/j dalam masa 9.7 saat, sementara E dengan 9.8 saat dan V AWD memerlukan 10.4 saat.

Dari segi ukuran, CR-V mempunyai 4,691 mm panjang, 1,866 mm lebar dan 1,681 mm tinggi, menjadikannya 68 mm lebih panjang, 11 mm lebih lebar dan 2 mm lebih tinggi berbanding mannequin lama. Jarak antara rodanya juga bertambah 40 mm menjadi 2,700 mm.

Tonton sorotan ringkas kami berkaitan mannequin berkenaan. Untuk maklumat lanjut tentang Honda CR-V 2024, baca laporan penuh pelancarannya di sini.

Honda CR-V V 2024

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here