PANDU UJI: Mazda 3 2.0L Excessive Plus Sedan 2023 bukan sekadar biasa-biasa, tapi bukan juga luar biasa!


PANDU UJI: Mazda 3 2.0L High Plus Sedan 2023 bukan sekadar biasa-biasa, tapi bukan juga luar biasa!

Tidak dinafikan sejak kelahirannya dalam dunia automotif, prestasinya acapkali menerima pujian. Dari masa ke semasa, dari generasi ke generasi kelahirannya, Mazda 3 memang tidak lekang dengan pelbagai kata-kata yang menyenangkan.

Tetapi bagaimana pun kelebihan yang diperkatakan, popularitinya seakan tidak setanding pesaing terdekatnya, Honda Civic. Sama ada versi hatchback mahu pun sedan, di Malaysia, jualannya masih berada pada tahap sederhana. Tidak begitu cemerlang, tetapi tidak juga sendu. Nasibnya tidak seperti adiknya, Mazda 2, yang lebih laris di pasaran tempatan. Mungkin soal harga menjadi batasan.

Mazda 3 2023 dilancarkan di pasaran Malaysia sejak Oktober lalu dan merupakan mannequin import sepenuhnya (CBU) dari negara kelahirannya, Jepun. Kali ini empat varian ditawarkan iaitu Excessive dan Excessive Plus untuk sedan. Manakala bagi hatchback pula, ia diberikan varian Excessive Plus dan Ignite Version.

PANDU UJI: Mazda 3 2.0L High Plus Sedan 2023 bukan sekadar biasa-biasa, tapi bukan juga luar biasa!

Peningkatan harga sebanyak RM5,000 berbanding mannequin terdahulu, memang tidak dapat dielakkan. Untuk Mazda 3 2.0L Excessive Sedan, ditetapkan pada harga RM156,059. Manakala Mazda 3 2.0L Excessive Plus Sedan/Hatchback pula berharga RM166,059 dan Mazda 3 2.0L Ignite Version Hatchback jauh lebih mahal iaitu mencecah RM175,059. Kalau dilihat soal harganya, memang lebih mahal Berbanding Civic dengan varian RS berharga RM151,900.

Disebabkan Mazda 3 2023 merupakan mannequin CBU, jadi terpaksa terima hakikat soal harga ini. Kalau ada yang sanggup berbelanja lebih, bolehlah mendapatkan Mazda 3, sebaliknya jika mahukan jentera sedan segmen-C yang lebih standard, pastinya Civic menjadi pilihan teratas.

Apa penawaran yang diberikan untuk Mazda 3 2023 bagi pasaran Malaysia ini? Untuk mengetahuinya, kami memandu uji Mazda 3 2.0L Excessive Plus Sedan bagi mengetahui adakah kehebatannya masih kekal seperti mana yang pernah kami laporkan untuk mannequin terdahulu?

PANDU UJI: Mazda 3 2.0L High Plus Sedan 2023 bukan sekadar biasa-biasa, tapi bukan juga luar biasa!

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kini tiada lagi Mazda 3 dengan enjin 1.5L, kerana satu-satunya varian yang menawar penjana kuasa itu telah digugurkan. Kini, barisan Mazda 3 2023 ditawarkan dengan enjin Skyactiv-G 2.0 liter NA empat-silinder sebaris yang mampu menghamburkan kuasa hingga pada 162 hp pada 6,000 rpm dan 213 Nm tork pada 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi Skyactiv-Drive enam-kelajuan automatik bersama Shift Mode guide untuk semua varian. Kotak gear ini boleh disifatkan cukup responsif dan pertukaran gearnya juga lancar walau pun enjin dikerah dari kelajuan perlahan terus dipecut secara mendadak.

Dengan gabungan penjana kuasa ini, prestasi Mazda 3 2023 masih menguja. Sama ada sewaktu memecut laju atau pun memandu dalam kelajuan sederhana, enjinnya memang menepati kehendak. Ketika melalui jalan berselekoh, ia cukup responsif, dengan kawalan stereng yang tepat. Begitu juga dengan sistem suspensi dengan padanan palang Macpherson di hadapan dan torsion beam di belakang mendorong Mazda 3 ini selesa dikendalikan. Kawalan olengan badan juga minimal tetapi bagi penumpangdi belakang, mungkin serasa kurang selesa sekiranya jentera ini dipandu agak agresif terutamanya di selekoh, boleh bikin pening kepala terutamanya yang mudah terkena movement illness.

Walau pun bukan kereta sport, tapi Mazda 3 ini memang boleh bikin senyum sampai ke telinga. Tak perlu nak kerah tenaga enjinnya secara berlebihan kerana ia seakan memahami rentak yang dikehendaki, kuasanya terhambur cantik, pendek kata, memang takde masalah choose up langsung lah. Hendak lagi seronok, cubalah ‘bermain-main’ dengan Shift Mode guide. Ia seakan dapat memberikan kepuasan tanpa batasan.

PANDU UJI: Mazda 3 2.0L High Plus Sedan 2023 bukan sekadar biasa-biasa, tapi bukan juga luar biasa!

Untuk versi sedan, Mazda 3 ini mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 216 km/j, berbanding hatchback pada angka 210 km/j. Puncak tork mampu dicapai Tanpa sekatan, bahkan memberikan kepuasan jitu. Bukan sekadar memuji Tanpa erti, tetapi itulah hakikat yang diterjemah dek kepaduan enjinnya. Tetapi jika dibandingkan dengan Civic yang ditala dengan 180 hp pada 6,000 rpm dan 240 Nm pada 1,700 rpm, ternyata Mazda 3 sedikit kebelakang.

Masuk pulak bab penjimatan bahan api…satu lagi pujian yang harus diberikan. Ia mampu mencapai angka 6.2 per liter bagi setiap 100 km. Setelah menempuh perjalanan cecah 400 km untuk pemanduan city, melenjan di lebuhraya dan merentasi kawasan pekan kecil, tangki minyak berkapasiti 51 liter masih berbaki setengah tangki.

Manakala kadaran bunyi bagi kabin juga bersifat minimal. Bunyi bising dari luar hanya boleh didengari sekiranya enjin didesak lebih kencang. Namun jika pemanduan bersifat sederhana, ternyata ia lebih menyelesakan dan bunyi bising dari luar termasuk seretan angin dan tayar tidak begitu membingitkan halwa pendengaran.

Konklusi mengenai prestasi dan pengendaliannya, Mazda 3 Sedan 2.0 Excessive Plus ini memang sesuai untuk perjalanan yang panjang mahu pun sekadar quick journey. Duduk di bangku pemandu mahu pun di tempat duduk penumpang hadapan memberikan keselesaan yang optimum. Walau bagaimana pun, bagi penumpang di belakang, sekiranya bertubuh tinggi atau besar, mungkin terasa sedikit kurang selesa kerana ruang kaki yang agak minimal, melainkan pemandu atau penumpang hadapan bertubuh kecil yang membolehkan tempat duduk hadapan dilaras lebih ke depan.

Sebagai pengetahuan, Mazda 3 2023 untuk versi sedan memiliki ukuran dimensi bersaiz 4,660 mm panjang, 1,795 mm lebar, 1,440 mm tinggi dengan jarak roda 2,725 mm. Dibandingkan dengan Civic yang berukuran 4,678 mm panjang, 1,802 mm lebar, 1,415 mm tinggi dan jarak roda 2,735 mm,

Untuk ruang penyimpanan kargo, Mazda 3 Sedan 2.0 Excessive Plus berkapasiti 444 liter dengan kedudukan tempat duduk belakang regular, agak luas untuk mannequin sedan, tetapi jika sedikit kebelakang jika dibandingkan dengan kapasiti 497 liter pada Civic.

Untuk imejnya pula, paras wajahnya senada dengan mannequin Mazda baharu yang lain. Lampu utama dengan unit LED direka lebih sepet dan tirus, disepadukan dengan gril hadapan yang nampak lebih garang dan lampu nyalaan siang juga unit LED. Bibir pada bawah bamparnya pula menampakkannya lebih seksi. Garisan aerodinamik pada bahagian sisi menyerlahkan lagi imejnya, ditambah pula dengan rim aloi pelbagai-jejari 18-inci kemasan perak yang dibaluti tayar profil 215/45.

Jika wajah hadapannya digabungkan dengan elemen seksi dan garang, namun untuk bahagian belakangnya masih kekal ringkas. Tidak seperti versi hatchback yang lebih menarik perhatian dan senada dengan rekaan imej hadapannya. Jika dibandingkan dengan Civic baharu yang nampak agak matang tidak seperti mannequin terdahulu versi Civic ‘ketam’ yang lebih sporty dan garang. Namun ternyata Mazda 3 2023 masih kekal nampak berjiwa muda dan agresif.

Menjengah bahagian kabin pula, tidak banyak perubahan yang ditampilkan berbanding dengan mannequin terdahulu. Bentangan rekaannya termasuk pada papan pemuka masih tidak sarat dengan pelbagai elemen futuristik, namun tidak pula tampil serba ringkas.

PANDU UJI: Mazda 3 2.0L High Plus Sedan 2023 bukan sekadar biasa-biasa, tapi bukan juga luar biasa!

Walau bagaimana pun, barisan Mazda 3 2023 diberikan beberapa ciri baharu, termasuklah USB-C yang menggantikan USB-A, kini diberikan paparan infotainmen MZD Join 10.25-inci dengan tombol kawalan Commander dan pad pengecas tanpa wayar Qi dan juga ketersambungan Apple CarPlay tanpa wayar.

Untuk Mazda 3 Sedan 2.0 Excessive Plus, ia turut diberikan ciri yang dikemaskini ternasuk upholstery kulit hitam, Mazda Radar Cruise Management (MRCC) dengan fungsi stop-and-go,serta Cruising & Site visitors Assist.

Selain itu, ciri lain yang ditampilkan termasuklah Bluetooth, lapan pembesar suara, Android Auto, Kawalan suhu automatik dwi-zon dengan corong untuk tempat duduk belakang, bumbung suria Kawalan elektrik, paparan kluster instrumen digital TFT-LCD tujuh-inci dengan Analogue Dial, butang penghidup enjin dengan operasi tanpa kunci, pedal penukar gear, kamera undur, brek parkir elektronik,dan tempat duduk pemandu larasan kuasa 10-hala dengan fungsi memori.

Bagi aspek bantuan pemandu dan ciri keselamatan, varian ini juga diberikan ciri Mazda i-Activsense, merangkumi Sistem Pencahayaan Hadapan Adaptif (AFS), Kawalan Lampu Tinggi (HBC), Pemantauan Titik Buta (BSM), Kepekaan Trafik Lintasan Hadapan (FCTA), Kepekaan Trafik Lintasan Belakang (RCTA), Sistem Amaran Ketibaan Lorong (LDWS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LAS), Kepekaan Perhatian Pemandu (DAA), dan Sokongan Brek Pintar (SBS) untuk hadapan dan belakang.

Dengan segala butiran penawaran, serta prestasi dan pengendalian yang masih ada ‘ummph’, harga atas jalan RM166,059 tanpa insurans, Mazda 3 Sedan 2.0 Excessive Plus yang dibawa masuk dari Jepun, adakah pemilikannya dilihat cukup berbaloi? Jika anda seorang yang mahukan sedan segmen-C yang mampu memberikan kepuasan dari segi prestasi dan pengendalian, tanpa memikirkan bab populariti dan harga ‘kayangan’, jawapannya cukup ringkas.. Ya! Memang berbaloi!

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Read More

Recent