Home Automotive Proton sahkan Apple CarPlay, Android Auto tahun ini — X90 akan terima kemaskini OTA, bukan mannequin lama

Proton sahkan Apple CarPlay, Android Auto tahun ini — X90 akan terima kemaskini OTA, bukan mannequin lama

0
Proton sahkan Apple CarPlay, Android Auto tahun ini — X90 akan terima kemaskini OTA, bukan mannequin lama

[ad_1]

Proton sahkan Apple CarPlay, Android Auto tahun ini — X90 akan terima kemaskini OTA, bukan model lama

Menjadi persoalan yang sentiasa akan membayangi produk baru Proton adalah: “Bila ciri Apple CarPlay dan Android Auto (AACP) akan dihadirkan untuk kereta mereka?” Sebelum ini, memang ada pengesahan bahawa ciri berkenaan akan diperkenalkan, tetapi bila?

Dalam sesi bersama media untuk pandu uji Proton S70 minggu ini, Ketua R&D Proton, Mohd Haizam memberikan jawapan jelas. “Kami sedang membangunkan AACP bersama pembekal kami, ACO Tech. Ia tiada pada Proton S70, kami akan buat untuk X90, tetapi untuk mannequin yang akan datang, tak lama lagi,” ujarnya, yang turut memberi penekanan bahawa jika ciri itu dipasang sendiri oleh pengguna, maka jaminan untuk IHU akan terbatal.

Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah pula menambah dan menjelaskan tentang masalah yang mereka hadapi berkaitan hal ini. Beliau menjelaskan, beberapa peranti sedia ada dalam kenderaan Proton ketika ini sedia untuk menerima AACP, tetapi “semuanya memerlukan lesen”.

Proton sahkan Apple CarPlay, Android Auto tahun ini — X90 akan terima kemaskini OTA, bukan model lama

“Setiap kali sesebuah OEM keluarkan, ada lesen yang diperlukan. Lesen ini memerlukan kelulusan, dan sudah tentu akhirnya ia bergantung kepada berapa kos yang perlu dibayar untuk lesen tersebut. Tetapi, soal lesen ini sudah diselesaikan, kini kami bersedia untuk satu mannequin (pengenalan AACP) bermula tahun ini,” jelasnya, dan pengenalan AACP itu akan mematuhi “protokol”.

Ini bermaksud, mannequin SUV X90 yang menjadi mannequin flagship yang sudah mempunyai peranti yang bersedia untuk ciri AACP ini, akan menjadi mannequin pertama yang menerima dan menawarkannya kepada pelanggan. Pelanggan akan menerima pengumuman rasmi berkaitan kemaskini OTA perisian dalam masa terdekat. Mannequin baru Proton yang seterusnya pula akan dilengkapi dengan AACP terus dari kilang.

Bagaimana dengan S70? Perantinya juga sedia untuk terima AACP, tetapi Proton ingin mendahulukan X90, kemudian baru disusuli sedan berkenaan yang akan menerima ciri itu. Bagaimana pula dengan mannequin lebih lama Proton sebelum ini seperti X50 dan X70? Roslan menyatakan terdapat cabaran dari pelbagai aspek untuk menawarkan AACP bagi mannequin lama. Umumnya, ia bergantung kepada peranti, kos dan juga perlesenan.

“Saya tak akan sebutkan mannequin mana, yang perantinya tidak boleh dinaik taraf untuk tujuan ini. Kalaupun kami mengemaskini perisiannya, cipnya tidak mampu menampung AACP. Oleh kerana asas IHU ini mengikut keperluan di China, mereka tidak begitu arif dengan AACP. Mereka menggunakan perisian sendiri.

AACP on the Proton X90’s IHU, nevertheless it’s clearly a growth construct for now

“Selain itu, ketika kami membawa masuk mannequin berkenaan, kami terpaksa kekalkan cip sedia ada. Kemudian bila kami berbincang tentang cip ini sejak dua tahun lalu, kini baru ia stabil, tetapi kemudian agak sukar untuk mendapatcip berkenaan,” uja beliau, merujuk kepada kekurangan bekalan cip world yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, yang kini telah bertambah baik.

Roslan juga menjelaskan, pelanggan akan membandingkan situasi berkenaan dengan mudahnya pembelian head unit yang menyokong AACP secara dalam talian, tetapi bagi Proton sebagai sebuah syarikat, ia perlu mematuhi peraturan dan syarat. “Bila beli dari Shopee, itu bukan dari OEM, dan tidak tertakluk oleh peraturan. Bagi OEM, kami perlu patut dan ikut peraturan,” tambahnya.

Latar lanjut kepada perkembangan berkaitan kekangan Proton dengan AACP ini boleh dibaca di sini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here