Home Automotive Punca kebakaran kereta-kereta lumba atas treler pengangkut belum dapat dipastikan – Bomba Johor

Punca kebakaran kereta-kereta lumba atas treler pengangkut belum dapat dipastikan – Bomba Johor

0
Punca kebakaran kereta-kereta lumba atas treler pengangkut belum dapat dipastikan – Bomba Johor

[ad_1]

Pagi ini telah tular di laman-laman sosial gambar kebakaran tujuh buah kereta yang di bawa di atas treler, berlaku di Lebuhraya Utara Selatan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, secara spesifiknya kejadian itu berlaku pada pukul 4.52 pagi ini di KM38.1 (Kulai) Lebuhraya PLUS Arah Utara.

Dalam kenyataan tersebut JBPM Johor memberitahu tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, BBP Skudai dan BBP Tebrau dengan kekuatan seramai 25 anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan. Menurut komander operasi Pegawai Bomba Kanan II Fauzi Bin Che Deris, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat kebakaran sebuah lori treler bermuatan 7 buah kereta.

“Kereta yang terbakar jenis Honda sebanyak 5 buah, sebuah Toyota Yaris dan sebuah Proton Saga. Kebakaran memusnahkan lebih kurang 70% dari semua kenderaan. Pemadaman menggunakan 4 aliran salur bantu mula sehingga selesai. Kebakaran tidak melibatkan mangsa. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Difahamkan sebahagian besar kenderaan yang dibawa oleh treler berkenaan adalah kereta-kereta lumba milik pasukan R Engineering yang berpengkalan di Johor Bahru, Johor. Pasukan tersebut kemudiannya mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan kejadian tersebut menerusi laman fb rasminya.

“Kami faham bahawa banyak persoalan timbul daripada kejadian ini. Memandangkan kes itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan, kami akan memberikan maklumat terkini dalam masa terdekat. Kami mohon jasa baik anda untuk mengelakkan sebarang spekulasi semasa siasatan sedang dijalankan. Sekali lagi, terima kasih semua atas mesej keprihatinan anda. Kami berhasrat untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini dalam masa yang ditetapkan,” tulis kenyataan yang dikeluarkan tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here