Home Automotive Syarikat konsesi tol di Malaysia protes projek MLFF diberikan secara terus kepada pihak ketiga

Syarikat konsesi tol di Malaysia protes projek MLFF diberikan secara terus kepada pihak ketiga

0
Syarikat konsesi tol di Malaysia protes projek MLFF diberikan secara terus kepada pihak ketiga

[ad_1]

Syarikat konsesi tol di Malaysia protes projek MLFF diberikan secara terus kepada pihak ketiga

32 konsesi lebuhraya di Malaysia telah menyatakan protes terhadap langkah kerajaan untuk memberikan projek multi-lane quick movement (MLFF) secara terus, lapor Free Malaysia Right now.

Merujuk kepada sumber yang dikatakan mempunyai maklumat berkaitan perkara itu, FMT melaporkan bahawa kerajaan Malaysia telah menandatangani “perjanjian pelantikan” dengan KJS-SEP Synergy, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan YTL Company, untuk projek bernilai RM3.46 bilion tanpa berunding dengan konsesi lebuhraya yang akan menanggung kos terbabit.

Persatuan Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Kerja Raya, dan mendakwa langkah tersebut melanggar persetujuan particular person mereka dengan kerajaan, memetik sumber berkenaan. PSKLM sedang mendapatkan nasihat perundangan berkaitan hal ini, memandangkan kerajaan telah menawarkan konsesi bagi tempoh 20-tahun kepada KJS-SEP Synergy.

Persatuan itu menambah, dengan menawarkan konsesi kepada pihak ketiga selain daripada konsesi sedia ada, penganugerah projek secara terus terbaru itu adalah bertentangan dengan perjanjian sedia ada.

“Kementerian menyediakan kertas lain dalam masa terdekat untuk menyelesaikan pelantikan itu tanpa persetujuan daripada konsesi sedia ada. Mereka bahkan tidak diberikan perincian pelantikan tersebut. Tanpa semua maklumat berkenaan, adalah tidak adil untuk kerajaan melakukan perkara tersebut tanpa persetujuan pihak berkepentingan yang ketika ini masih termaktub dalam kontrak,” jelas sumber yang bercakap kepada FMT.

Syarikat konsesi tol di Malaysia protes projek MLFF diberikan secara terus kepada pihak ketiga

Dalam perkembangan berasingan, PSKLM telah menghantar surat rasmi yang ditandatangani oleh 18 syarikat konsesi, dengan penjelasan bagaimana perjanjian baru ini bertentangan dengan apa yang sudah dimeterai bersama antara mereka dan kerajaan sebelum ini.

Kerisauan utama berkenaan projek dengan anggaran nilai RM3.46 bilion projek terbabit, yang didakwa oleh PSKLM boleh dikurangkan sebanyak 30% lagi, ialah syarikat individu dibenarkan untuk membina dan melaksanakan sustem MLFF sendiri. Pemberian projek tersebut adalah sebuah monopoli menurut sumber itu, yang mendakwa pendapatan tahunan toll adalah sekitar RM6 bilion.

“Selepas pelaksanaan, syarikat itu akan meraih semula kos pelaksanaan dengan bayaran tahunan antara RM650 juta hingga RM800 juta daripada konsesi yang terlibat,” ujarnya, yang menambah bahawa syarikat itu tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam industri berkenaan, manakala persaingan kos pula boleh dipertikaikan kerana tiada kajian kos-manfaat yang dijalankan.

Syarikat konsesi tol di Malaysia protes projek MLFF diberikan secara terus kepada pihak ketiga

Sebagai tambahan, sumber berkenaan turun menyatakan yang operasi tol ketika ini dan proses pengesahan mereka bolah semua syarikat konsesi akan diambil alih oleh KJS-SEP, dan berpotensi menimpulkan masalah integriti berkaitan trafik dan keuntungan tol memandangkan prosesnya dikawal oleh sebuah syarikat sahaja tanpa semak-imbang.

Pada Oktober, The Edge Malaysia melaporkan bahawa cadangan sektor swasta untuk pelaksanaan MLFF tidak mendapat sambutan hangat.

Laporan itu menyebut, konsesi syarikat-syarikat lebuh raya tidak gembira dengan cadangan adanya pihak ketiga yang mengutip tol bagi pihak mereka kerana mungkin berlaku ketirisan, yang boleh memberi kesan kepada kutipan tol keseluruhannya. Kadar ketirisan kenderaan yang tidak membayar tol ketik ini ialah 0.01%, dan sumber itu mempersoalkan kemampuan kutipan oleh pihak ketiga dalam mengekalkan kadar serendah itu dengan pelaksaan sistem tol terbuka.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here