Home Automotive Penang Bridge Worldwide Marathon 2023 – Beberapa jalan bakal ditutup mulai 11 malam esok

Penang Bridge Worldwide Marathon 2023 – Beberapa jalan bakal ditutup mulai 11 malam esok

0
Penang Bridge Worldwide Marathon 2023 – Beberapa jalan bakal ditutup mulai 11 malam esok

[ad_1]

Penang Bridge International Marathon 2023 – Beberapa jalan bakal ditutup mulai 11 malam  esok

Penang Bridge Worldwide Marathon (PBIM) 2023 bakal berlangsung pada pagi Ahad ini (17 Dis), dan selain melibatkan penutupan Jambatan Pulau Pinang mulai 12,01 tengahmalam esok hingga 10 pagi Ahd, beberapa jalan di sekitar bahagian pulau juga akan ditutup dan dilencongkan.

Menurut notis makluman yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin, jalan yang terlibat akan ditutup secara berperingkat mulai 11 malam Sabtu hingga 10 pagi Ahad. Pelepasan bagi kategori larian 42 km akan berlangsung pada jam 1.30 pagi. Seramai 350 anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal trafik di laluan yang terbabit.

Jalan yang terlibat dengan penutupan termasuklah Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dari persimpangan Jalan Sungai Pinang ke persimpangan Persiaran Bayan Indah, jalan dari Georgetown ke Bayan Lepas, kawasan sekitar The Gentle dan bulatan Bayan Baru, dan beberapa jalan lagi. Senarai penuh jalan yang terlibat dan laluan alternatif boleh rujuk peta di bawah.

Klik untuk besarkan

Sila rancang perjalanan anda terutamanya jika ingin ke lapangan terbang. Untuk masuk dan keluar ke/dari pulau, sila gunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang). Untuk peserta acara larian, difahamkan terdapat 19,000 peserta, waktu pelepasan larian bakal berlangsung di Queensbay Mall pada jam 1.30 pagi untuk 42 km, 3 pagi untuk 21 km dan 6.30 pagi untuk 10 km.

Khaw turut berkata, pengguna jalan raya yang bercadang menggunakan jalan-jalan terlibat, diminta merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang lain serta mematuhi arahan pihak polis yang bertugas kerana pihaknya menjangkakan aliran trafik meningkat berikutan musim cuti sekolah.

“Orang ramai yang ingin menyaksikan atau menyertai PBIM, dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan yang disediakan oleh penganjur dan dilarang meletakkan kenderaan di sepanjang jalan yang terlibat dengan laluan peserta larian PBIM 2023. Mereka juga dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak penganjur bagi mengelak kesesakan,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here